Mengenai Kami

PENGENALAN
PLP SKILL INSTITUTE adalah sebuah pusat bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kementerian Sumber Manusia menawarkan kursus dalam bidang perhotelan peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) penghususan program Seni Kulinari (Culinary Arts), Operasi Makanan & Minuman (Food & Beverage).Mula beroperasi pada Februari hingga kini , juga telah melahirkan pelatih yang berkemahiran mengisi pasaran kerja bidang perhotelan diseluruh negara.
Bermula pada Disember 2015 Pusat Latihan Perhotelan Azam Pandan dikenali juga sebagai PLP Skill Institute berpindah dan beroperasi di premis baru di Melaka Bandaraya Bersejarah
MATLAMAT / OBJEKTIF
Penubuhan PLP Azam Pandan adalah berteraskan kepada beberapa objektif
- Objektif utama penubuhan PLP Azam Pandan adalah untuk mengisi kekurangan tenaga kerja mahir dan separuh mahir terutama bumiputera dalam bidang PERHOTELAN dan Keusahawanan
- Memberi peluang yang lebih luas kepada belia dalam memilih bidang kerjaya.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan kehidupan para belia negara
- Menyediakan peluang pendidikan tinggi dan latihan kemahiran berterusan kepada tenaga kerja bagi peningkatan kemahiran, pengetahuan, produktiviti dan inovatif mereka sejajar dengan arus perkembangan dan pembangunan teknologi.
VISI
PLP Sklii Institute sebagai Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang menjalankan program-program kemahiran yang mampan, mengutamakan kualiti dan berdaya saing
MISI
- Melahirkan graduan holistic yang bersedia berbakti kepada masyarakat sejagat
- Menawarkan program kemahiran yang kompetitif khusus bidang perhotelan bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan global
- Mewujudkan kolaborasi dengan rakan Pusat Latihan Kemahiran dan Industri
- Menggalakkan program-program kemahiran dan pembangunan
- Menyokong semangat dan budaya pembelajaran sepanjang hayat